Mayat lelaki ditemukan terapung dalam parit

18 Apr 2024 • 3:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat lelaki ditemui terapung dalam parit di hadapan sebuah sekolah menengah di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini, pada Khamis. Foto Ihsan JBPM Kedah

ALOR SETAR - Mayat yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung dalam parit di hadapan sebuah sekolah menengah di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 untuk membantu polis bagi mengangkat mayat lelaki itu pada jam 11.51 pagi.

"Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia lingkungan 40-an dalam keadaan terapung dalam parit berair," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Naufal memaklumkan, mayat terbabit diangkat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut beliau, operasi terbabit melibatkan seramai lapan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Radzi Abdul Talib serta turut disertai anggota polis.

Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved