Mayat lelaki ditemukan terapung di sungai

18 Jun 2025 • 11:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam sungai berhampiran Kampung Tualang Tinggi di Pasir Puteh pada Rabu. Foto Bernama

KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam sungai berhampiran Kampung Tualang Tinggi di Pasir Puteh dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, Balai Polis Selising menerima maklumat berhubung penemuan itu pada kira-kira jam 3.30 petang.

"Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat terapung di sungai berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved