Mayat lelaki reput ditemukan dalam paya

7 Aug 2025 • 10:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun ditemukan di kawasan paya bakau, Sungai Haji Dorani

SABAK BERNAM - Mayat seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun ditemukan di kawasan paya bakau, Sungai Haji Dorani, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki Melayu itu daripada orang awam pada jam 4.45 petang.

"Hasil siasatan yang dijalankan berjaya mengenal pasti identiti mayat yang juga merupakan penduduk tempatan. Bedah siasat turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat berada dalam keadaan telah mengalami proses pereputan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Inspektor Mohd Zulkhairie Mohd Redzuan di talian 019-3634919 bagi membantu siasatan.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved