Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan reput di Tasik Bukit Merah

6 May 2023 • 9:32 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput di Tasik Bukit Merah di Bagan Serai, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.30 petang mengenai penemuan satu mayat dalam keadaan tertiarap dan terapung dengan keadaan mayat sudah menggelembung dan mereput.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mayat mempunyai tatu pada lengan kanan, bahu kanan dan kiri dan terdapat tulisan ‘ushra’ di lengan kanan mayat.

“Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati tada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian,“ katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri berkata mayat terbabit akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Parit Buntar dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan IPD Kerian menerusi talian 05-7212222. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved