Mayat Lelaki Terapung Dalam Longkang Ditemui Oleh Orang Awam Di Tanjung Aru, Sabah

15 Nov 2022 • 8:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mayat ditemui terapung di dalam longkang di pantai di Tanjung Aru, Sabah

Mayat Lelaki Terapung Dalam Longkang Ditemui Oleh Orang Awam Di Tanjung Aru, Sabah. Pernah tak terfikir dalam masa kita nak keluar bersiar ke atau melakukan aktiviti seperti biasa namun tanpa diduga menemui sesuatu yang di luar jangkaan kita.

Berlaku di sebuah pantai di Tanjung Aru, Sabah apabila orang awam telah menemui sebujur jasad yang sudah tidak bernyawa terapung di dalam longkang berdekatan dengan kawasan tempat letak kereta.

image is not available
Mayat Lelaki Terapung Dalam Longkang Ditemui Oleh Orang Awam Di Tanjung Aru, Sabah. Sumber gambar: DEASOKA

Ditemui lengkap berpakaian, motorsikal, beg dan kad pengenalan juga ditemui

Mayat terapung yang lengkap berpakaian tersebut telah ditemui oleh orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis pada jam 7.45 pagi. Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota dan pegawai polis segera menuju ke tempat kejadian.

image is not available
Mayat Lelaki Terapung Dalam Longkang Ditemui Oleh Orang Awam Di Tanjung Aru, Sabah. Sumber gambar: FB Hatimin Ttr

Beberapa meter daripada lokasi penemuan, motorsikal milik mangsa juga ditemui. Bahkan, kad pengenalan yang ditemui di dalam beg mangsa menunjukkan bahawa mangsa yang berusia 43 tahun ini beralamat di Tanjung Aru. Dengan penemuan tersebut, isteri mangsa telah dihubungi untuk pengecaman mayat.

Ada kecederaan di dahi, mangsa didapati telah keluar dari rumah dan tidak pulang

Hasil soal siasat bersama isteri mangsa mendapati bahawa mangsa telah keluar dari rumah pada petang sebelum hari kejadian dan tidak pulang sehingga pagi.

Bukan itu sahaja, menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, hasil pemeriksaan daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Sabah mendapati bahawa terdapat sedikit kecederaan pada dahi mangsa. Kecederaan tersebut dipercayai akibat terjatuh.

Walaupun begitu, kes ini masih dibawah siasatan untuk mengenal pasti punca kematian yang sebenar dan kes ini masih juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana setakat ini tiada unsur jenayah atau kesan berlakunya sebarang pergelutan di lokasi kejadian.

image is not available
Sumber gambar: FB Hatimin Ttr

Orang awam juga disarankan untuk tampil menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan pihak polis sekiranya mereka mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kejadian.

Baca artikel lain yang menarik dibawah: