Mayat lelaki terbakar seluruh badan ditemui tepi lombong

25 Nov 2023 • 10:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SEPANG - Satu mayat lelaki ditemukan dalam keadaan terbakar seluruh badan di tepi lombong D'sland, Puchong, dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima satu panggilan daripada seorang warga tempatan pada jam 8.01 malam yang terjumpa mayat tersebut.

Beliau berkata, mayat ditemui dalam keadaan terlentang dan diikat dengan dawai di pergelangan kaki.

"Mayat yang ditemui berada berhampiran Sungai Rasau dan jarak dengan Jalan Puchong-Cyberjaya hanya lebih kurang 10 meter.

"Hasil siasatan awal polis mempercayai ia merupakan kes bunuh diri dengan cara membakar dirinya sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Meskipun begitu, Wan Kamarul berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mengetahui punca kematian menerusi proses bedah siasat.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran.

Selain itu menurutnya, orang ramai diminta untuk tidak berkongsi maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved