Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di tepi jalan

14 Sep 2022 • 6:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di tepi jalan

SIBU - Mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditemukan oleh orang ramai di tepi Jalan Tanjung Maling, Sungai Bidut di sini pada Rabu.

Pemeriksaan awal pihak polis, yang menerima maklumat tersebut pada 9.24 pagi, mendapati lelaki itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG pada kedua-dua lengannya.

"Tiada kesan kecederaan luaran di tubuh si mati serta tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian setakat ini,” kata Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan punca kematian dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

Zulkipli meminta mana-mana saksi, individu, waris atau majikan yang mempunyai maklumat berhubung penemuan itu atau kehilangan ahli keluarga atau pekerja, untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Binsin Lunjong di talian 017-8025675. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved