
KINABATANGAN: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas diserang buaya ketika memukat di Kampung Sobak Perpaduan, ditemui pagi Jumaat.
Mangsa yang dikenali sebagai Kami Antong, 35, ditemui pada jarak 1.5km dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham reptilia tersebut.
Dalam kejadian pada petang Selasa (16 Julai), mangsa pergi memukat ikan bersama anak lelakinya di sungai Kampung Sobak Perpaduan.
Bagaimanapun, anak mangsa yang berusia 10 tahun selamat dalam kejadian tersebut.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Terdahulu, operasi mencari mangsa melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hidupan Liar dan orang awam dimulakan sejurus panggilan kecemasan diterima pada Selasa.
Pencarian dijalankan menggunakan bot orang awam di sepanjang sungai Kampung Sobak Perpaduan sebelum mangsa ditemui pada jam 10.15 pagi Jumaat.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada waris.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
