Mayat mangsa ketiga tanah runtuh di Cameron Highlands ditemui tengah hari tadi

27 Jan 2024 • 3:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Mangsa ketiga kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang, telah ditemui pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Menurut Komander Operasi, Md Gezani Md Ghazi, usaha mengesan dua lagi mangsa kini sedang giat dijalankan.

“Mangsa ketiga (lelaki) telah dijumpai pada jam 12.15 tengah hari, mangsa dalam proses untuk diserahkan kepada pihak polis.

“Seramai 45 anggota serta pegawai terlibat dalam operasi berkenaan dan mereka turut dibantu oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Menyelamat Malaysia (Storm), Unit Pengesan K9 dan unit drone,’’ katanya di sini hari ini.

Terdahulu, lima orang termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas rumah yang dihuni mereka terlibat dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.40 pagi semalam.

Semua mangsa adalah warga Myanmar dan mereka merupakan pekerja di ladang sayur di situ.

Tiga lagi mangsa dikenali sebagai Shing Law Har, 56; Om My, 37 dan seorang wanita Thang Moung, 25 tahun. – 27 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved