KOTA BHARU – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mencari waris kepada seorang lelaki berusia 61 tahun yang meninggal dunia pada Ahad.
Menurut kenyataan HRPZ II, lelaki berkenaan dikenali sebagai Tey Chong Leh yang juga seorang warganegara berketurunan Cina.
“Alamat terakhir lelaki berkenaan adalah di No A-36, Jalan Wan Ahmad, Tanah Merah.
“Sehingga kini, mayatnya belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital ini,” kata kenyataan terbabit.
Sehubungan itu, pihak hospital memohon waris atau orang ramai yang mengenali lelaki ini mahu pun ahli keluarganya supaya tampil.
Maklumat juga boleh disalurkan ke Jabatan Perubatan Forensik, HRPZ II atau menghubungi talian 09-745 2436.

