Mayat Muhammad Nazrin ditemui, rakan masih hilang

18 Feb 2025 • 5:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Iskandar untuk bedah siasat. Foto Polis Perak (Gambar kecil: Muhammad Nazrin Haidar)

image is not available
Jasad Muhammad Nazrin Haidar (kanan) telah dijumpai sementara Muhammad Naufal Aiman masih hilang. Foto Polis Perak

image is not available
Jasad Muhammad Nazrin Haidar dijumpai jam 4.45 petang pada Selasa dalam keadaan terapung tidak jauh dari lokasi terakhir mangsa terjatuh. Foto Bomba Perak

PARIT - Mayat seorang daripada dua pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam Sungai Perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di sini pada Isnin telah ditemui pasukan penyelamat.

Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham, 16, dijumpai pada jam 4.45 petang dalam keadaan terapung tidak jauh dari lokasi terakhir mangsa terjatuh.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, jasad mangsa timbul di permukaan sungai selepas pihak bomba melakukan kaedah pusaran air menggunakan bot.

**media[3013334]**

"Mayat mangsa telah disahkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Seri Iskandar untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata, usaha mengesan seorang lagi mangsa, Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain, 16, yang masih hilang diteruskan pasukan penyelamat.

**media[3013333]**

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah hilang dibawa arus ketika cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam sungai.

Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakan bermain bola di kawasan beting pasir sungai berkenaan.