Mayat Nur Farah Kartini ditemui hampir reput di ladang kelapa sawit

16 Jul 2024 • 3:50 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Mayat Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada Isnin dalam keadaan hampir reput.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari. Katanya, ketika mangsa ditemukan, keadaannya sudah hampir reput kerana telah meninggal beberapa hari.

“Jadi, belum dapat dipastikan kecederaan yang ada,” katanya.

Beliau turut memaklumkan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan motif kejadian selain tiada sebarang rampasan senjata di lokasi penemuan mayat termasuklah dakwaan perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

“Proses bedah siasat masih lagi berjalan (hari ini) bagi mengetahui punca kematiannya,” ujarnya.

Terdahulu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal polis mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama.

Sumber: Sinar Harian