Mayat pemancing dibaham buaya di Semporna ditemukan

23 Aug 2022 • 9:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEMPORNA: Mayat Azman Tugau, lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau dekat sini Ahad lepas ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 5 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mayat Azman, 35, ditemukan berhampiran lokasi dia dibaham reptilia itu.

“Pada pukul 5.30 petang tadi Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Semporna bahawa mayat mangsa ditemukan oleh orang awam. Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan,“ katanya.

Ahad lepas, Azman bersama sepupunya dilaporkan sedang memancing di pinggir sungai berkenaan sebelum dia dibaham buaya pada kira-kira 3 petang.

Sepupu mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut berjaya melarikan diri dan melaporkan perkara itu kepada polis.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved