Mayat pemuda lemas di Sungai Kedondong ditemukan pada kedalaman dua meter

23 Aug 2024 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di Sungai Kedondong Batang Kali, Kuala Kubu Baharu tengah hari tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu Penolong Penguasa Bomba Wan Muhammad Aslam Md Asri berkata mayat pemuda 24 tahun, yang identiti belum dapat dikenal pasti, ditemukan pada pukul 12.50 tengah hari, pada kedalaman dua meter.

Beliau berkata seorang pegawai serta enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.06 tengah hari.

“Mayat telah dihantar ke hospital Kuala Kubu Baharu untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan aktiviti air agar sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak dan ahli keluarga terutamanya ketika musim hujan ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved