
SANDAKAN: Mayat seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam keadaan tanpa pakaian lengkap di kawasan setinggan Kampung Forest, Batu 1 1/2 dekat sini pada pagi Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada penduduk kampung mengenai penemuan tersebut sekitar jam 10 pagi.
“Sejurus menerima maklumat
tersebut, sepasukan anggota dari IPD Sandakan saya ketuai bergegas ke lokasi kejadian di setinggan Kg Forest, Batu 1 1/2.
“Apabila tiba di lokasi, kami menemukan mayat seorang remaja perempuan di dalam kawasan semak dan berlumpur,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Mangsa merupakan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun, dipercayai bukan warganegara, katanya sebelum menambah, mayat itu dihantar ke
Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.
Sekitar 12.30 tengahari, pada hari yang sama, polis menahan seorang lelaki asing berumur 22 tahun berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
