Mayat Reput Ditemui Di Ladang Kelapa Sawit, Sah Milik Lelaki Dewasa

16 Jun 2025 • 6:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar IPD Muallim

LIPOH - Satu mayat reput tanpa pakaian ditemukan tergantung pada sebatang pokok di ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, mayat lelaki dewasa itu ditemukan oleh orang awam yang mencari lembu ternakan di ladang tersebut pada 5.13 petang.

"Bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati jangka masa kematian dianggarkan sekurang-kurangnya beberapa minggu atau bulan, selain sebab kematian adalah unascertained (tidak dapat dipastikan) disebabkan kesan mumifikasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dengan doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan lain ditemukan pada mayat itu.

Mohd Hasni meminta mereka kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Trolak Sarjan Mohamad Rizal Sahiaren menerusi talian 017-5603331 atau lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim 05-4528222. - BERNAMA