Mayat reput yang ditemui di Tabuan Jaya disahkan adalah Nurul Asikin

LocalPolitics
19 Dec 2024 • 10:30 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, Kuching, disahkan adalah Nurul Asikin Lan, 26, yang dilaporkan hilang sejak 5 Disember lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pengesahan identiti itu diperoleh selepas keputusan ujian DNA diterima pihaknya petang semalam.

“Identiti mayat yang dijumpai telah dikenal pasti sebagai mangsa, Nurul Asikin,” katanya memetik laporan Harian Metro, Rabu, 18 Disember 2024.

Menurut beliau, suspek utama yang ditahan pada Sabtu lalu membawa polis ke lokasi mayat ditemukan dan mengaku telah membunuh mangsa sebelum membuang mayat di kawasan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, mayat wanita dalam keadaan reput ditemui di dalam longkang berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan perindustrian tersebut.

Sementara itu, ibu mangsa, Nasib Kantok, 60, berharap keadilan ditegakkan dan pelaku dijatuhkan hukuman setimpal atas perbuatan kejam itu.

“Meskipun sedih, saya reda dengan ketentuan Allah. Saya mahu keadilan ditegakkan untuk anak saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro