Mayat tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri

24 Sep 2023 • 4:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MELAKA: Satu mayat tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mayat dipercayai wanita tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan terbenam dalam pasir kira-kira 8 pagi tadi.

“Berdasarkan pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati tidak terdapat kecederaan atau unsur jenayah dan identiti mangsa sedang dikenal pasti menerusi analisis cap jarinya.

“Bagaimanapun kita percaya mangsa merupakan warganegara Malaysia berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada bahunya,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama