Mayat terapung dalam parit mangsa kemalangan motosikal: Polis Kota Marudu

3 Mar 2023 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA MARUDU: Mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung di dalam parit dekat Jalan Lotong, di sini Selasa lepas adalah mangsa kemalangan motosikal.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jelson Ginsiu, 22, dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Zairol berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada Isnin antara jam 1 pagi sehingga 4 pagi dan bedah siasat pada Khamis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah akibat kemalangan motosikal.

Menurut Zairol, mangsa menunggang motosikal dari arah Pekan Kota Marudu ke rumahnya di Taman JJ.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dia gagal mengawal kenderaannya dan terbabas ke kiri jalan, melanggar tiang lampu dan terjunam ke dalam parit.

“Siasatan lanjut di tempat kemalangan mendapati terdapat satu mayat terapung di dalam parit berair sebelah kiri Jalan Lotong menghala ke Hospital Kota Marudu.

“Mayat tersebut dalam keadaan kembung dan badan telah mula keras. Terdapat juga serpihan pecahan motosikal di bahu kiri jalan raya dan motosikal telah dijumpai berada di dalam parit tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.