Mayat tidak cukup sifat: Polis selesai rakam keterangan saksi

19 Jan 2023 • 8:06 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis selesai merakam keterangan seorang saksi berhubung penemuan satu mayat tidak cukup sifat dan sebuah beg hitam oleh orang awam di kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan, di sini semalam.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata rakaman percakapan saksi yang merupakan orang awam yang menemukan mayat itu diambil pada 4.30 petang semalam.

“Selain itu, hasil bedah siasat terhadap mayat yang dijumpai (mendapati), si mati merupakan seorang lelaki bukan warganegara Malaysia. Sebab kematiannya akibat pelbagai kecederaan daripada senjata tajam.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar si mati,” katanya ketika dihubungi Bernama malam semalam.

Semalam, satu mayat tidak cukup sifat dan sebuah beg hitam ditemukan orang awam di Kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan.

Ketika ditemukan mayat itu tidak mempunyai kepala, tangan dan kaki, namun kepala, sepasang kaki dan tangan di dalam beg hitam yang ditemukan disyaki milik mangsa. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved