Mayat Wanita Dikerat! Kepala, Badan Ditemui Di Lokasi Berhampiran Anggota Lain

12 Feb 2026 • 3:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis.

Sebelum ini, beberapa anggota badan termasuk kaki dan tangan mangsa dilaporkan ditemui di kawasan tempat pembuangan sampah di lokasi sama, sekali gus menggemparkan penduduk sekitar.

Mayat Wanita Dikerat

image is not available

image is not available

Difahamkan, anggota badan terbaharu itu ditemui kira-kira jam 11.40 pagi di satu lagi tempat pembuangan sampah berhampiran sebuah pasar raya, tidak jauh dari lokasi penemuan pertama.

image is not available

image is not available

  image is not available

Penemuan berkenaan adalah hasil pencarian pasukan polis yang menjalankan siasatan lanjut di kawasan berhampiran.

Polis sebelum itu mengesahkan beberapa anggota badan dipercayai milik seorang wanita ditemukan secara berasingan di kawasan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata, kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat termasuk penemuan baharu tersebut.

Artikel lain: Empat Lelaki Ditahan Kes Ceroboh Kuil Di Rawang

Mayat mangsa pada awalnya ditemui oleh pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan berkenaan.image is not available

Difahamkan, keadaan mayat adalah dalam keadaan tidak sempurna apabila anggota badannya dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.

Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut pihak polis.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

The post Mayat Wanita Dikerat! Kepala, Badan Ditemui Di Lokasi Berhampiran Anggota Lain appeared first on Borak Daily.