Mayat Wanita Ditemui Tanpa Kepala Tergantung Pada Ranting Di Sabah

16 Jun 2023 • 11:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penduduk Papar, Sabah digemparkan dengan kematian wanita tanpa kepala dan tangan

Mayat Wanita Ditemui Tanpa Kepala, Tergantung Pada Ranting Di Sabah. Penduduk di Kampung Sapat, Papar, Sabah, terkejut apabila menemukan mayat seorang wanita hilang kepala dan kedua-dua tangan pada Khamis, semalam.

Menurut laporan, apa yang lebih tragis, mayat itu ditemui dalam keadaan tersangkut pada ranting pokok kayu di tepi sungai tersebut.

Dapat panggilan kecemasan sekitar jam 10.30 pagi

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.30 pagi yang memaklumkan penemuan kematian wanita itu.

image is not available
Sumber: majoriti

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu adalah seorang wanita yang dalam keadaan tidak berbaju,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Kamaruddin mendedahkan mayat yang berusia antara 30 hingga 40 tahun itu hanya mempunyai kaki kanan dari paha hingga ke lutut.

Penyebab kematian tidak dapat dipastikan lagi

Menurutnya, punca kematian mangsa yang meninggal dunia sejak seminggu lalu masih belum dapat dipastikan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar jika ada ahli keluarga, jiran atau rakan yang hilang atau tidak balik ke rumah untuk tujuan pengecaman mayat berkenaan.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: bh

“Mayat telah dibawa ke Hospital Papar untuk tindakan lanjut dan sekiranya ada maklumat berkaitan waris mayat ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Mustifin Wahid di talian 0142030071,” ujarnya.

Baca juga artikel yang berkaitan: