Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolam

24 Oct 2023 • 10:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KEPALA BATAS: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah kolam di kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Asri Shafie, berkata mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam itu ditemukan seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut pada jam 6.50 petang sebelum menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian berkenaan.

“Lelaki yang menjumpai mayat itu memaklumkan dia ternampak satu objek seperti bangkai dalam keadaan tertiarap dan apabila mendekati dia terkejut apabila mendapati ia adalah badan manusia.

“Mayat ini kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Winston Raip di talian 04- 576 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - Bernama