Mayat Wanita Sudah Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang

LocalPolitics
17 Aug 2024 • 1:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di Shah Alam,Selangor, mayat seorang wanita telah ditemui terapung di dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya.

Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian ini berlaku pada hari Jumaat yang lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah mendapat panggilan dari orang awam kira-kira jam 6.30 petang.

Si mati ketika dijumpai hanya berbaju dan berseluar dalam serta keadaan mayat berulat.

Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.

Tambahnya lagi, mayat akan dibedah siasat di Hospital Shah Alam bagi mengenal pasti punca kematian. Kematian ini juga telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved