Mayat wanita warga asing ditemukan dengan beberapa kesan tikaman

LocalPolitics
10 Jan 2025 • 7:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat seorang wanita ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di tepi jalan kawasan hutan di Rawang, Selangor pada 2 Januari lepas. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan kawasan hutan di Rawang, Selangor pada 2 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita berkenaan pada 10.37 pagi sebelum mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

"Mayat ditemukan dengan berpakaian t-shirt berkolar warna hitam tertera perkataan ‘johny walker’ dan berseluar pendek berwarna hitam serta tiada dokumen pengenalan diri.

"Hasil pemeriksaan di tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada leher, dada dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Noor Ariffin berkata,kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang perkara itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintenden Ikhwanizam Ismail di talian 019-6000468 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved