Mayat Warga Emas Dijumpai Dalam Tangki Atas Bumbung

18 Feb 2024 • 12:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mayat Warga Emas Dijumpai Dalam Tangki Atas Bumbung

Mayat seorang lelaki warga emas dijumpai di atas bumbung bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya, pada Jumaat.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.04 petang.

Susulan panggilan itu, sepasukan anggota bomba kemudian digerakkan ke tempat kejadian.

Memetik Sinar Harian, ‘size up’ dilakukan sebaik saja sepasukan anggota tiba di lokasitersebut dan mendapati seorang individu berusia 71 tahun tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ampang.

“Bersama pihak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi, mangsa telah dibawa turun,” kata Ahmad Mukhlis seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurutnya lagi, mayat telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular satu video di media sosial mengenai situasi yang berlaku di lokasi kejadian mayat ditemukan.

Sementara itu, orang ramai berkerumun di tempat kejadian untuk menyaksikan operasi penyelamat oleh JBPM.

Sumber: Sinar Harian