
TAWAU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapung dalam keadaan bertiarap di sungai Kg Iban Merotai sekitar jam 4 petang pada Jumaat.
Si mati dikenal pasti sebagai Tikung Anak Guma, 71.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, penemuan itu dibuat oleh seorang pelajar lelaki, 15, yang melalui jambatan kampung tersebut untuk pulang ke rumah selepas bermain bola sepak di padang kampung itu.
Menurutnya, saksi tersebut ternampak mayat itu terapung di tebing sungai berdekatan dengan jambatan Kg Iban, Merotai.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Mayat mangsa sudah dihantar ke kamar mayat (forensik) Hospital Tawau pada jam 6.30 petang untuk tindakan lanjut.
“Setakat ini, polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah atau khianat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis memohon bantuan mengangkat mayat yang berada di dalam sungai pada jam 4.43 petang.
“Sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk mengangkat mayat dengan menggunakan tali dan alat pengusung. Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Jemishin berkata, operasi ditamatkan jam 5.45 petang selepas pihaknya memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.




