Mayat warga Nigeria ditemui dalam bilik

13 Dec 2022 • 8:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki warga Nigeria ditemui mati di dalam bilik di sebuah rumah di Taman Sri Serdang pada Selasa.

SERDANG - Misteri bau busuk di sebuah kejiranan di Taman Sri Serdang terungkai susulan penemuan mayat seorang lelaki warga Afrika dalam sebuah rumah, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa yang merupakan bekas penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu dipercayai telah meninggal dunia sekurang-kurangnya sejak empat hari lalu.

"Siasatan awal telah di jalankan dan di dapati mangsa merupakan warga Nigeria berumur lingkungan 31 tahun yang merupakan bekas pelajar UPM, Serdang dan telah tamat belajar pada tahun 2017.

"Mangsa tinggal bersendirian di alamat berkenaan dan tiada maklumat berkenaan dirinya selepas mangsa tamat belajar di UPM," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anbalagan berkata, mangsa dipercayai menghidap pelbagai penyakit susulan penemuan ubat-ubatan di atas namanya yang ditemui di dalam bilik tidur di kediaman terbabit.

Beliau berkata, mangsa kali terakhir dilihat oleh seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini pada 5 Disember lalu.

"Patologi Hospital Serdang mengatakan tempoh kematian dalam empat hari manakala pemeriksaan pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan pasukan perubatan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved