“Mayat Yang Ditemui Bukan Anak Saya Tapi Budak Lain” – Ibu Zayn Rayyan

LocalPolitics
22 Jul 2025 • 10:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf menegaskan bahawa mayat kanak-kanak yang ditemui di aliran sungai berhampiran Pangsapuri Idaman, Damansara Damai itu bukanlah mayat anaknya.

“Itu bukan anak saya tapi budak lain”

Mayat yang ditemui di aliran sungai berhampiran Pangsapuri Idaman, Damansara Damai bukan anak saya tetapi budak lain, itu bukan Zayn Rayyan Abdul Matin.

Demikian yang diperkatakan oleh ibu kanak-kanak autistik itu pada hari pertama pembelaan diri atas satu kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap arwah Zayn Rayyan, dua tahun lalu.

image is not available

Menurut Ismanira, ketika dijumpai, dia masih dalam fasa penafian kerana tidak mempercayai bahawa anaknya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Sewaktu ditanya oleh peguamnya, Haresh Mahadevan pada waktu berkenaan dia sedang memangku anak keduanya di kawasan letak kereta bersama ahli keluarga, sebelum mendengar jeritan orang ramai di kawasan semak terbabit.

Akui sayu lihat keadaan mayat anak di unit forensik

Saya menangis gembira, sebab ingatkan Zayn Rayyan sudah ditemui dalam keadaan selamat. Sehinggalah saya lihat suami dipapah keluar daripada kawasan itu manakala bapa mentua memberitahu Zayn Rayyan telah tiada. Saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

image is not available

Ketika datang ke unit forensik, wanita itu akui berasa sayu melihat keadaan Zayn yang mempunyai luka di bahagian kepala, mata lebam, berdarah hidung, mulut tidak tertutup rapat, perutnya kembung, kaki kecut dan kulit sudah bertukar putih serta mengeluarkan bau busuk.

Sekadar info, bapa kepada arwah Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dibebaskan, manakala Ismarina diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk membela diri atas pertuduhan pengabaian.

image is not available 2025-07-21 21:45:59

Ismanira Jawab Dakwaan Buat 'Muka Kosong' Semasa Siasatan Kes Zayn Rayyan - "Saya Tak Faham Mengapa Dia..."