Maybank : Bermula 31 Oktober, Semua Pengaktifan Baharu Secure2U Perlu Dilakukan Di ATM Maybank

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 11:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank kini memaklumkan kepada semua pengguna mereka, dimana bermula 31 Oktober 2023 kelak, semua pengaktifan Secure2U buat pertama kali, dan juga pengaktifan pada peranti baharu, perlu dilakukan melalui ATM Maybank.

Selain pengguna baharu, perubahan ini juga akan memberikan kesan kepada pengguna sedia ada yang ingin beralih ke telefon baharu selepas 31 Oktober 2023.

Maybank menyatakan ini adalah langkah pengesahan tambahan dalam terus meningkatkan sekuriti, selari dengan piawaian sekuriti terbaru Bank Negara Malaysia.

image is not available

Untuk pengguna berkaitan, anda perlu memuat-turun aplikasi MAE dan seterusnya melakukan pendaftaran Secure2U melaluinya. Seterusnya, perlu tuju ke ATM Maybank berdekatan, dan memasukkan kad ATM anda, memasukkan PIN. Seterusnya pada menu utama, pilih pada “Secure2U Activation”, dan ikut arahan pada skrin.

Selepas mengaktifkan Secure2U, pengguna perlu menantikan sekurang-kurangnya 12 jam sbeelum dapat menggunakan Secure2U dalam pengesahan transaksi.

Bagi pengguna Maybank, boleh merujuk lanjut berkaitan perkara ini melalui halaman rasmi Maybank.