Maybank Jangka Kenaikan 50 Mata Asas Lagi OPR – Presiden

25 Aug 2022 • 5:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malayan Banking Berhad (Maybank) dijangka akan mengalami kenaikan 50 mata asas lagi dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga akhir hujung tahun ini.

Jangkaan kenaikan OPR tersebut dimaklumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli.

“Maybank jangka pertumbuhan pinjaman yang perlahan tahun ini, di atas 5.0 peratus di tengah-tengah kenaikan kadar faedah.

“Maybank sasar peningkatan margin faedah bersih 5.0 mata asas tahun ini memandangkan kadar faedah tinggi,” katanya, memetik laporan ringkas Bernama di Twitter hari ini.

Imbas kembali laporan terdahulu, sebelum ini Maybank pernah melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Julai lalu, berikutan pengumuman kenaikan OPR.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata kadar Asas (BR) akan dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved