Maybank Rasmi Pindah HQ ke Menara Merdeka 118

LocalBusiness & Finance
23 Apr 2026 • 3:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Malayan Banking Bhd (Maybank) akan memindahkan ibu pejabatnya dari Menara Maybank, Jalan Tun Perak ke Menara Merdeka 118 berkuat kuasa 6 Mei 2026.

Dalam kenyataan rasmi, Maybank memaklumkan ia akan menduduki 33 tingkat di bangunan baharu tersebut, yang bakal menempatkan kira-kira 7,000 pekerja. Ibu pejabat baharu itu turut dilengkapi pintu masuk khusus untuk pekerja, pelanggan dan pelawat.

Maybank turut berkata beberapa anak syarikat termasuk Maybank Islamic Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd akan turut berpindah secara berperingkat ke lokasi sama.

Susulan perpindahan itu, alamat berdaftar baharu Maybank ialah di Aras 70, Menara Merdeka 118, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Sementara itu, operasi cawangan utama Maybank di Menara Maybank akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan kepada pelanggan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved