Maybank : Waspada Dengan Mesej Penipuan Melalui Emel

TechnologyDigital
23 Aug 2023 • 12:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Orang ramai perlu lebih berhati-hari dan meneliti kesahihan maklumat atau emel yang diterima, agar tidak menjadi mangsa jenayah siber. Maybank dalam satu kenyataannya baharu di Facebook memaklumkan kini tular emel palsu yang meminta pengguna untuk berkongsi butiran log masuk dan maklumat kad kredit.

image is not available

Menerusi emel itu, pengguna akan diberitahu bahawa terdapat kemaskini sekuriti telah dibuat, yang kemudiannya akaun mereka terpaksa ‘dikunci’ bagi tujuan keselamatan dan privasi. Justeru pengguna akan diberikan satu pautan untuk diakses bagi melengkapkan proses log masuk tersebut, seterusnya turut akan diberikan emel pengesahan.

image is not available

Sehubungan itu, Maybank menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tidak berurusan melalui emel palsu ini, dalam masa sama turut diminta mereka untuk tidak menekan sebarang pautan yang mencurigakan.

Maybank juga berkata, wakil yang sah tidak akan berkongsi sebarang pautan yang mencurigakan atau sewenang-wenangnya meminta pengguna untuk mendedahkan maklumat perbankan.

Justeru itu, orang ramai amat diminta agar sentiasa peka dan membuat semakan terlebih dahulu di laman web rasmi sebelum melakukan sebarang traksaki bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved