Maybank2u & mesin ATM tidak beroperasi beberapa jam Sabtu & Ahad ini, untuk diselenggara

18 May 2023 • 1:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Maybank telah mengeluarkan kenyataan penting untuk perhatian penggunanya. Untuk melaksanakan penyelenggaran sistem, perkhidmatan Maybank2u, Perbankan Mudah Alih Maybank2u, Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri, tidak akan beroperasi secara berperingkat pada hari Sabtu (20/5) dan Ahad (21/5) ini.

Tempoh waktu penyelenggaraan yang memberi kesan kepada operasi adalah seperti berikut:

  • Sabtu, 20 Mei 2023 – jam 12:00 tengah malam sehingga 07:00 pagi
  • Ahad, 21 Mei 2023 – jam 12:00 tengah malam sehingga 07:00 pagi

Waktu penyelenggaran ini dibuat pada waktu tengah malam sehingga subuh. Pastinya ia tidak memberi kesan kepada kebanyakan pengguna, tetapi ia masih perlu diberi perhatian. Terutama sekali untuk penggunaan perbankan mudah alih dan aktiviti atas talian.

Maybank juga memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama pengguna. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

[Sumber: Maybank]

Bacaan Berkaitan