Mazda EZ-60 Didedah: SUV Elektrik Futuristik Ini Bakal Gegar Auto Shanghai 2025

WorldCars
11 Apr 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mazda telah mendedahkan imej rasmi model elektrik terbarunya, Mazda EZ-60. SUV ini dibangunkan dengan kerjasama Changan, rakan teknologi Mazda dari China, dan berkongsi banyak elemen dengan model sedan elektrik Mazda EZ-6, atau turut dikenali sebagai Mazda 6e di pasaran global.

Rekaan Moden, Identiti Mazda Kekal

image is not availableimage is not available

Mazda EZ-60 (kiri) & Konsep Mazda Arata (kanan)

Mazda EZ-60 mengambil inspirasi rekaan daripada konsep Mazda Arata yang pernah ditampilkan sebelum ini. Ia hadir dalam bentuk badan crossover yang rendah, dalam masa yang sama mengekalkan bahasa rekaan Kodo yang sinonim dengan jenama Mazda.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Antara ciri yang menarik perhatian termasuk gril depan yang menyala, bersambung dengan lampu depan LED, logo Mazda yang bercahaya, lampu belakang LED yang halus, pemegang pintu jenis terbenam, serta kamera sisi digital.

Ukuran Sebenar Belum Diumumkan

Walaupun saiz rasmi EZ-60 belum didedahkan, ia dijangka menggunakan platform modular EPA1, sama seperti Changan Deepal S07. Oleh itu, kita boleh menjangkakan ukuran yang sama, iaitu 4,750 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,625 mm tinggi dan jarak roda 2,900 mm, setanding Tesla Model Y dan XPeng G6.

Prestasi Menyamai Deepal S07?

image is not availableimage is not available

Changan Deepal S07

Setakat ini, spesifikasi trenkuasa masih belum diumumkan, namun laporan daripada CarNewsChina mendedahkan bahawa, Mazda EZ-60 akan menggunakan sistem BEV yang sama seperti Deepal S07.

Jika benar, pengguna boleh memilih antara dua varian motor tunggal pacuan roda belakang (RWD), satu dengan output 215 hp (160 kW) dan satu lagi mencecah 255 hp (190 kW).

Begitu juga dengan baterinya yang didatangkan dalam dua pilihan iaitu unit LFP 68.8 kWj yang menawarkan jarak sehingga 520 km, dan unit NMC 80 kWj dengan jarak mencecah 628 km.

Kemunculan Rasmi di Auto Shanghai 2025

image is not available

Mazda EZ-60 dijangka membuat penampilan sulungnya di Auto Shanghai 2025 yang bakal berlangsung hujung bulan ini. Lebih banyak maklumat bakal didedahkan ketika acara itu nanti.

Teruskan mengikuti Carz.com.my untuk perkembangan terkini tentang EZ-60 serta model menarik lain yang bakal membuat kemunculan di Shanghai.