Mazda MX-5 RF 2025 Kini Di Malaysia – Edisi Khas Ulang Tahun Ke-35 Ditawarkan, Dari RM294K

LocalCars
9 Apr 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mazda MX-5 RF 2025 hadir di Malaysia bersama model edisi khas, 35th Anniversary Edition pada harga bermula dari RM294,154

Selepas kemunculan sulungnya di Thailand hujung bulan lalu, model terkini Mazda MX-5 2025 kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia, model ini ditawarkan bersama-sama dengan versi istimewa, 35th Anniversary Edition, sempena ulang tahunnya yang ke-35.

image is not available

Mazda MX-5 2025

Model facelift generasi ND ini hanya ditawarkan dalam versi bumbung keras boleh lipat atau retractable fastback (RF), dengan harga bermula daripada RM294,154 untuk varian standard, manakala 35th Anniversary Edition dijual pada harga lebih tinggi iaitu RM316,154 (atas jalan tanpa insurans).

Ciri Eksklusif Mazda MX-5 35th Anniversary Edition

image is not availableimage is not available

Warna Artisan Red Premium didatangkan eksklusif untuk Mazda MX-5 RF 35th Anniversary Edition

Sebagai versi yang istimewa, Mazda MX-5 35th Anniversary Edition hadir dengan pelbagai ciri eksklusif termasuk warna luaran khas Artisan Red Premium, hasil teknologi cat Takuminuri Mazda.

image is not availableimage is not available

Model edisi terhad ini juga menerima logo edisi ulang tahun ke-35 pada fender belakang, serta dipasangkan dengan rim aloi 17 inci dalam warna metalik cerah.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Memasuki ruang kabin, Mazda MX-5 35th Anniversary Edition hadir dengan warna dan tema rekaan dalaman yang eksklusif dan klasik, Sports Tan (coklat cerah) yang digunakan secara menyeluruh pada bahagian dalaman kereta seperti pada papan pemuka, pelapik lantai dan tempat duduk kulit.

image is not availableimage is not available

Beberapa komponen dalaman diberikan warna merah Artisan, sama seperti warna luaran.

Logo khas ulang tahun turut terletak pada alas kaki dan perehat kepala, yang membezakan model ini daripada varian standard.

Penambahbaikan Rekaan dan Teknologi

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Mazda MX-5 2025 juga menerima sentuhan reka bentuk baharu sama seperti model untuk pasaran Jepun, antaranya lampu depan LED baharu dengan grafik 3D, bampar hadapan baharu yang kini hadir dengan sensor radar, rekaan bampar belakang baharu dengan reflektor dan lampu kabus, serta lampu belakang LED yang juga direka semula.

image is not available

Sistem hiburan turut dipertingkat dengan skrin 8.8 inci baharu yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Panel meter juga diperbaharui, di samping kamera undur berdefinisi tinggi dan port pengecasan USB-C.

Ciri Keselamatan Kini Lebih Lengkap

image is not available

Sistem keselamatan i-Activesense kini dilengkapi amaran lintasan trafik belakang (RCTA). Ciri sedia ada termasuk pemantau titik buta (BSM), amaran keluar lorong (LDW), amaran tumpuan pemandu (DAA) dan sokongan brek pintar (SBS).

Prestasi Kekal Padu Dengan Suntikan Teknologi

image is not availableimage is not available

Jantung MX-5 masih dikuasakan enjin 2.0L Skyactiv-G 4 silinder NA dengan output 181 hp dan tork 205 Nm, dipadankan sama ada dengan transmisi automatik 6 kelajuan (6AT) atau transmisi manual 6 kelajuan (6MT) bersama pembeza gelincir terhad atau limited-slip differential (LSD) tidak simetri dan mod kawalan kestabilan pemanduan di litar (DSC-TRACK).

Sistem stereng bantuan elektronik (EPAS) turut diberikan talaan semula yang menjadikan jentera lebih responsif dengan geseran rak stereng dikurangkan sehingga 5%.

Harga Jualan dan Tayangan Umum

image is not availableimage is not available

Didatangkan sepenuhnya dari negara Jepun (CBU), harga atas jalan adalah seperti berikut:

6MT Standard – RM294,1546AT Standard – RM296,154Edisi 35 Tahun (6AT sahaja) – RM316,154

Setiap pembelian disertakan waranti pengeluar 5 tahun atau 100,000 km (mana yang terlebih dahulu) dan penyelenggaraan berjadual percuma untuk tempoh sama.

Saksikan Secara Langsung di 1Utama

Mazda MX-5 35th Anniversary Edition akan dipamerkan di Oval Concourse, 1Utama Shopping Centre bermula 10 hingga 13 April, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

image is not available