AMPANG, 7 MAC: Dato’ Menteri Besar mengagih bubur jagung serta kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadan AU 1, Keramat di sini hari ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli turut beramah mesra dengan pengunjung selain membeli beberapa juadah berbuka puasa antaranya kuih tepung pelita.
Sementara itu Juwairiya berkata program turun bazar merupakan acara tradisi pada setiap Ramadan, namun tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran Amirudin.
“Kita agihkan bubur jagung dan kurma. Selepas ini beliau akan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib di Surau Taman Permata,” katanya.

Amirudin kemudian menunaikan solat Isyak, solat sunat Tarawih dan moreh di Masjid An Nur Kampung Wira Damai, Gombak.
Tahun ini 15,882 petak bazar Ramadan dibuka di 244 lokasi membabitkan 12 pihak berkuasa tempatan.


The post MB agih kurma, bubur jagung di bazar Ramadan AU1, Keramat appeared first on Selangorkini.

![[VIDEO] ACLE: 80 periuk bubur lambuk untuk penyokong JDT](https://cdn.newswav.com/img/topic/football.jpeg)

