MB ajak penduduk Gombak meriahkan Jelajah Selangor Penyayang Ahad ini

25 Jul 2022 • 5:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengajak orang ramai khususnya penduduk Gombak hadir memeriahkan program Jelajah Selangor Penyayang di daerah itu Ahad ini.

Program anjuran Kerajaan Selangor akan diadakan di Padang Awam Batu Caves menyediakan pelbagai program dan inisiatif untuk manfaat rakyat negeri ini.

“Orang Gombak jom ramai-ramai ke Program Jelajah Selangor Penyayang bertemakan ‘Pendidikan Holistik, Generasi Muda Dinamik’ pada 31 Julai 2022 (Ahad) bermula jam 8 pagi hingga 6.00 petang. Jumpa anda di sana!” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Siri jelajah akhir Julai ini adalah yang kelima yang mana sebelum ini diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat, Stadium Utama Kuala Selangor dan Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Program diserikan dengan persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

image is not available