MB ajak penduduk kunjungi jualan murah di sembilan lokasi esok

15 Feb 2023 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 FEB: Dato’ Menteri Besar mempelawa penduduk di sekitar sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkunjung ke jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) esok.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, lokasi terlibat ialah Dewan Orang Ramai Taman Sri Sungai Pelek (DUN Sungai Pelek), KRT Seri Siantan, Padang Bola Jalan Sri Siantan 50 (DUN Sungai Kandis).

Antara lain, Batu 8 1.2, Jalan Pasar Malam Kampung Bukit Kapar (DUN Meru), Balai MPKK Tok Rashid (DUN Seri Serdang), Bandar Bukit Mahkota Seksyen 3 (DUN Semenyih) dan Padang Flat Pandan Mewah (DUN Teratai).

Selain itu, Kampung Selayang Pandang (DUN Taman Templer), Dataran Dewan Komuniti Kundi Air Buang (DUN Sungai Burong) dan pekarangan Balai Raya Kampung Hulu Teris (DUN Tanjung Sepat).

“Warga Selangor berpeluang menikmati harga barangan makanan mentah dan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat (JER),” tulisnya di Facebook.

Jualan yang bermula 10 lagi menawarkan jualan ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

Program berkenaan memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor melalui siri jelajah di sekitar 56 DUN sebelum ini yang kemudiannya dilanjutkan hingga Mac depan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved