MB ajak umat Islam rebut keberkatan, junjung kemuliaan Ramadan

1 Mar 2025 • 11:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 1 MAC: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan menghayati Ramadan kepada seluruh umat Islam.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengajak muslimin dan muslimat merebut keberkatan dan menjunjung kemuliaan Ramadan.

“Ramadan tiba, satu kewajipan buat kita kaum muslim yang perlu melaksanakan salah satu rukun Islam iaitu berpuasa fardhu di bulan Ramadan.

“Ayuh kita rebut keberkatan dan menjunjung kemuliaan bulan ini bersama-sama, insya-Allah,” katanya di Facebook.

Umat Islam di seluruh negara akan menunaikan ibadah puasa bermula esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved