MB arah EXCO tidak guna kenderaan rasmi dalam kempen politik

23 Jun 2023 • 3:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengarahkan semua EXCO supaya tidak menggunakan kenderaan rasmi ketika berkempen dalam pilihan raya negeri.

Mengakui perbuatan itu tidak bertentangan peraturan selagi belum hari penamaan calon, beliau berkata tindakan tersebut bertujuan mengelakkan gambaran negatif dalam kalangan rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor juga membuat arahan supaya semua EXCO menyerahkan semula kenderaan rasmi sehari sebelum hari penamaan calon yang belum tarikhnya belum ditetapkan.

“Saya telah mengeluarkan arahan supaya EXCO tidak membawa kenderaan rasmi mereka (ketika berkempen). Walaupun tidak salah, ketika program politik sepanjang sebelum hari penamaan.

“Kita mula hentikan penggunaan kenderaan rasmi sehari sebelum hari penamaan calon kerana sebaik pembubaran hari ini, masih ada program rasmi yang perlu dihadiri EXCO,” katanya.

Beliau berucap dalam perhimpunan bulanan bersama penjawat awam dan pemimpin masyarakat di sini hari ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim dan pemimpin negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved