MB balas kritikan Najib, ‘tambah baik Stadium Bukit Jalil RM1 bilion’

Politics
15 Jul 2022 • 10:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 JULAI: Dato’ Menteri Besar menyifatkan kritikan Dato’ Seri Najib Razak terhadap dakwaan kegagalan penyelenggaraan Stadium Shah Alam tidak berasas.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga mengingatkan bekas perdana menteri itu meluluskan peruntukan RM1 bilion bagi menambah baik Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2017.

Beliau berkata stadium yang siap pada 1998, empat tahun lewat berbanding Stadium Shah Alam, diperbaharui antara 2016 sehingga 2017 untuk penganjuran Sukan SEA.

“Ada pihak menganggarkan bahawa kenapa setelah 14 tahun kita terpaksa membina semula atau selenggara (stadium) dengan kos begitu tinggi.

“Kalau hujah Najib dibandingkan dengan kita hari ini, ia seolah-olah menghina dirinya sendiri kerana luluskan peruntukan (RM1 bilion),” katanya.

Amirudin turut menjelaskan Kerajaan Negeri berasa lebih baik membangunkan semula stadium dengan kos RM787 juta, nilai hampir sama dengan belanja baik pulih.