MB: Belanjawan negeri 2024 bertunjangkan enam teras agenda maju Johor

21 Nov 2023 • 7:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Belanjawan Johor 2024 yang bakal dibentang Khamis ini, akan membawa berita baik bertunjangkan enam teras Agenda Maju Johor, yang mendasari setiap genap dan pelosok negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (gambar) berkata enam teras berkenaan ialah tadbir urus kerajaan, pembangunan ekonomi, jaringan keselamatan sosial, kemudahan dan keperluan asas, kebersihan dan kelestarian alam sekitar dan Orang Muda Johor.

“Belanjawan berkenaan merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan ekonomi dan infrastruktur, bantuan kepada rakyat, pendidikan, perumahan mampu milik, pertanian moden, keagamaan, kesukarelawanan dan banyak lagi.

“Mari bersama-sama membina masa depan yang lebih baik dan menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030. Insya-Allah,” kata beliau dalam hantaran dan video pendek menerusi Facebook rasmi Menteri Besar Johor hari ini.

Pembentangan Belanjawan Johor 2024 dengan tema “Memacu Pembangunan Menyejahterakan Rakyat” akan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Onn Hafiz pada 9.30 pagi. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved