MB bentang Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November ini

1 Nov 2024 • 10:02 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 1 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan membentangkan belanjawan tahun depan pada 15 November ini.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS), laporan pembentangan boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor Journal, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil

Orang ramai juga boleh menonton pembentangan tersebut menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor

Siaran langsung itu juga boleh diikuti melalui laman sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain ditonton di MYTV MANA-MANA

image is not available