MB bertemu menteri pendidikan, tingkat kerjasama dua hala

1 Feb 2023 • 12:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 FEB: Dato’ Menteri Besar menerima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Berlangsung hampir sejam, pertemuan bersama Dato’ Seri Amirudin Shari di Pejabat Menteri Besar turut dihadiri wakil Jabatan Pendidikan Selangor.

Amirudin berkata kunjungan itu bagi memperkukuh hubungan dengan Kementerian Pendidikan selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai program kendalian negeri.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan perbincangan bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Pejabat Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita berbincang bagaimana mahu kukuhkan beberapa program berkaitan pendidikan kelolaan negeri seperti Program Tuisyen Rakyat Selangor dan Bitara Yayasan Selangor.

“Saya juga mengutarakan beberapa rungutan seperti keperluan membina sekolah di kawasan kepadatan tinggi dan permohonan untuk baik pulih infrastruktur sekolah,” katanya ketika ditemui.

Amirudin juga berharap setiap perbincangan dapat dibawa ke peringkat Persekutuan, terutamanya menjelang pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved