MB dilantik semula pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor

31 Jul 2025 • 7:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 31 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dilantik semula sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor.

Pelantikan itu dimaklumkan Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Fahmi Fadzil menerusi kenyataan selepas mesyuarat biro politik parti tersebut hari ini.

Turut dilantik, Datuk Borhan Aman Shah sebagai timbalan pengerusi MPN.

Selain itu, Sim Tze Tzin dilantik sebagai pengarah strategi KEADILAN manakala Mahmud Epah selaku pengerusi biro pendidikan.

Berikut senarai peneraju MPN mengikut negeri:

Pengerusi MPN Perlis: Noor Amin Ahmad
Timbalan Pengerusi MPN Perlis: Gan Ay Ling

Pengerusi MPN Kedah: Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Pengerusi MPN Kedah: Dr Mohammed Taufiq Johari

Pengerusi MPN Pulau Pinang: Dr Mohamad Abdul Hamid
Timbalan Pengerusi MPN Pulau Pinang: Goh Choon Aik

Pengerusi MPN Perak: Mohamad Hairul Amir Sabri
Timbalan Pengerusi MPN Perak: Tan Kar Hing

Pengerusi MPN Selangor: Amirudin Shari
Timbalan Pengerusi MPN Selangor: Borhan Aman Shah

Pengerusi MPN Melaka: Shamsul Iskandar Mohd Akin
Timbalan Pengerusi MPN Melaka: Adam Adli Abd Halim

Pengerusi MPN Johor: Dr Zaliha Mustafa
Timbalan Pengerusi MPN Johor: Yashrudin Kusni

Pengerusi MPN Pahang: Ahmad Farhan Fauzi
Timbalan Pengerusi MPN Pahang: Sim Chon Siang

Pengerusi MPN Kelantan: Mohamad Suparadi Md Noor
Timbalan Pengerusi MPN Kelantan: Asharun Uji

Pengerusi MPN Sarawak: Ahmad Nazib Johari
Timbalan Pengerusi MPN Sarawak: Chiew Choon Man

Pengerusi MPN Sabah: Mustapha Sakmud
Timbalan Pengerusi MPN Sabah: Peto Galim

Pengerusi MPN Terengganu: Zainudin Awang @ Omar
Timbalan Pengerusi MPN Terengganu: Dr Mohd Johari Mohamad

Pengerusi MPN Negeri Sembilan: Aminuddin Harun
Timbalan Pengerusi MPN Negeri Sembilan: Muhammad Nazri Kassim

Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan: Azman Abidin
Timbalan Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan: Muhammad Fikri Abdul Aziz