MB galak rakyat beri maklum balas cadangan pembangunan semula stadium

30 Sep 2022 • 11:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 SEPT: Cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) akan dimuktamadkan selepas mengambil kira faktor kesesuaian serta maklum balas daripada rakyat Selangor.

Justeru, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mempelawa orang ramai memberi maklum balas mengenai cadangan pembangunan berkenaan.

“Satu pameran awam beserta model reka bentuk ini akan diadakan dalam masa terdekat.

image is not available
Reka bentuk Stadium Shah Alam yang akan dibangunkan semula dijangka awal tahun hadapan. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Orang ramai digalakkan menghantar maklum balas menerusi emel kssa.maklumbalas@gmail.com,” katanya menerusi Facebook.

Petang tadi berlangsung taklimat pembangunan semula KSSA bersama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Hotel Concorde di sini.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata KSSA bakal melengkapi sektor pengukuhan ekonomi yang terangkum dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

image is not available
Reka bentuk Stadium Shah Alam yang akan dibangunkan semula dijangka awal tahun hadapan. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Menurut Norita Mohd Sidek pembangunan semula kompleks yang dilengkapi teknologi terbaharu itu juga memberi nilai komersial kepada negeri.

Berikut ciri-ciri Kompleks Sukan Shah Alam:

– Stadium berkapasiti 35,000 ke 45,000 penonton
– 60 peratus kawasan kompleks adalah untuk aktiviti sukan dan stadium bertaraf antarabangsa
– Reka bentuk akan mengambil kira dan menyelesaikan masalah trafik, menghubungkan pengangkutan awam, menyelesaikan isu banjir
– Stadium terbuka dan mempunyai fungsi untuk menjadi stadium tertutup bagi mengendalikan pelbagai acara
– 40 peratus kawasan kompleks akan digunakan bagi ruang rekreasi awam
– Taman awam, pusat rekreasi dan pembangunan belia turut akan disediakan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved