MB hadiri seminar dedah pelajar kepada isu jenayah, kerjaya polis

9 Aug 2023 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 9 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri seminar pembangunan modal insan dan sahsiah diri peringkat negeri di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini hari ini.

Program anjuran polis dan Kementerian Pendidikan dirasmikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Program dari pagi disertai lebih 2,000 peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah serta mahasiswa pengajian tinggi.

image is not available
Pelajar dari pelbagai kolej dan sekolah sekitar Selangor mengikuti Seminar Pembangunan Modal Insan Dan Sahsiah Diri anjuran Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 9 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Peserta didedahkan dengan beberapa isu antaranya penipuan siber dan jenayah seksual selain sesi soal jawab bersama kepimpinan tertinggi polis.

Mereka juga diberikan maklumat berhubung kerjaya sebagai anggota polis serta integriti pasukan beruniform itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved