MB harap tajaan LZS semarak semangat pelajar lanjut pengajian di Mesir, Jordan

14 Jul 2022 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 JULAI: Dato’ Menteri Besar berharap tajaan pendidikan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyemarakkan lagi semangat pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata lanjutan permohonan bantuan yang tamat hari ini adalah sokongan kepada para pelajar terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 supaya proses pendidikan dapat berjalan lancar.

“Warga Selangor yang telah selesai mengemukakan permohonan ke Timur Tengah melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) layak memohon.

“Semoga dapat menyemarakkan semangat mengecapi kejayaan puncak menara gading,” katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, LZS melanjutkan permohonan tajaan pendidikan dermasiswa ke Mesir dan Jordan daripada 30 Jun kepada 14 Julai.

Antara syarat kelayakan adalah pemohon sudah mengemukakan permohonan untuk menyambung pelajaran ke Timur Tengah melalui KPT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved