MB: Hasrat Putrajaya kukuh perkhidmatan awam selari RS-1

15 Sep 2023 • 11:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 15 SEPT: Kerajaan Selangor mengalu-alukan dan menyambut baik hasrat Putrajaya untuk mengukuhkan perkhidmatan awam di negeri itu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Dato’ Menteri Besar berkata penambahbaikan meliputi transit aliran bas (BRT), pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang dan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, langkah itu juga bertepatan dengan usaha negeri yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), yang dibentang Julai tahun lalu.

“Kerajaan Negeri percaya keterangkuman logistik mampu melonjakkan ekonomi negeri ini yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata pembangunan semula LTSAAS penting untuk menarik pelaburan di Selangor khususnya bagi sektor aeroangkasa dan penerbangan.

Pada 11 September, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Dewan Rakyat bertemakan Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi.

Kajian meliputi tiga tumpuan utama iaitu memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan menuju negara berpendapatan tinggi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved